Thursday, October 22, 2009

AL-AZWATH > UPM > LEBUH SILIKON > KLIUC >>AL- AZWATH

SERDANG : 21 Oktober 2009, kayuhan bersama geng mtb yang mantap. jam tepat 9.00 malam, aku dah sampai di Al-Azwath. Nampaknya mereka semua dah berkumpul bersama basikal kegemaran masing-masing. Pak Berahim dan aku kayuh 'Road' dan yang lainnya kayuh mtb.

Jam 9.30 malam kami memulakan perjalanan ke UPM. Melalui Petronas dan ikut Lampu isyarat sebelah Fakulti Kejuruteraan. Kami menuju ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sebelahnya ada bukit yang agak curam. Kami membuat pendakian hingga ke hampir puncak kerana pintu pagar ke alumnai ditutup.

Kemudiannya kami meneruskan kayuhan masuk ke kolej-kolej UPM, bermula dari Kolej Canselor, Kolej Ke2, Kolej Ke5, Kolej Tun Perak, Kolej Ke13, Kolej Ke14 dan Kolej Ke12. Ape yang kami nampak?wow..! itu tak dapat diceritakan. Patutlah mereka-mereka tak mahu ke tempat lain. Chilll Katakan..!!!

Lepas layan kolej, kami layan bukit palk..mula dari bukit sebelah kubur,lepastu patah balik...masuk Fakulti Pertanian 2, kat situ bukit amat panjang dan tinggi..kat Fakulti Pertanian tu ada tiga bukit. Semuanya mencabar...

Kami keluar dari Fakulti Pertanian dan kami meneruskan kayuhan ke Lebuh Silikon.. Melalui Stadium UPM, keluar dari pondok pengawal UPM dan terus ke kawasan ladang kuda UPM menghala ke highway silk..kayuhan disitu amat menyeronokan sebabnya tak banyak kenderaan yang lalu kat situ. Kami ikut laluan trowong 'uturn' ke arah KLIUC dan UNITEN dan terus balik ke Al-Azwath....malam tu dapatlah kayuh 25km..geng-geng mtb memang hebat lah! tak bleh bayangkan kalau mereka dapat kayuh Road...mencanak lajunya..!sekian..

No comments: