Tuesday, March 16, 2010

Unikeb UKM - Nilai - Labu - Salak Tinggi - Sepang

gambar ini diambil dari blog manciocc.


3 Januari 2010: Jam dalam pukul 7.30 aku sampai di Unikeb UKM Bangi. Masa tu adala 2,3 orang rider dan bersalaman. Kemas-kemas barang dan pasang tayar basikal sementara Pak Berahim pun sampai.

Jam dan pukul 8 pagi, Seramai 10 orang rider termasuk aku bertolak dari Unikeb UKM Bangi bersama membaca ''Bismillahirahmanirrahim''. Lebih kurang 100meter aku kayuh botol sumber air untuk kayuh tercabut dari 'Bottle Cage' akibat jalan tidak rata. Maka tercampaklah botol sementara brother kat belakang aku pijak botok lalu kemek..huh! nasib takde kemalangan!! tak apelah kalau dah pecah nk buat camne lg...so teruskan perjalanan.

Sampai selepas simpang masuk ke salak tinggi Wak Jali dan anaknya sudahpun tunggu dan bersedia kayuh bersama. Kayuhan amat laju dan terpaksa mengikut rentak kayuhan dari depan maklumlah yang dari depan tu bukan calang-calang orang. Rider muda lagi pengayuh kebangsaan pulak tu..terpaksalah buat-buat gagah nk kejar.

Kayuh hampir 20KM rasa kering je tekak. ingat nk berenti sekejap, tak boleh la....kene tinggal kan nanti susah pulak nk cari jalan balik. Aku terpaksa tahan je dan sampailah satu tempat tu dikenali sebagai Kg. Labu...Wah...ada sebiji buah labu! mungkin ada kedai kat areanya..dan terus mencari kedai...dalam masa tu jugak ada brother ni bagi dia punya air mineral...fuh!baik hati sungguh brother tu dan sangat-sangat berterima kasih diucapkan..aku tetap pegi ke kedai membeli air tambahan..dan ada rider ni jugak halalkan botolnya kepada aku...Thanks banyak-banyak kepadanya juga....! Air dah penuh!pasti kayuh pun tak risau lagi....lepas Abang Man takap-takap gambar kami semua teruskan perjalanan ke Sepang.

Dalam pejalanan ke sepang kami dikejutkan dengan beberapa ekor anjing...hahaha!!musuh ketat tuh!!! Mencanak la aku kayuh bila tngok rider depan aku ni pun cergas nak lari dari anjing...kelakar pun ada. Pada masa tu juga Bro Wak Jali keluarkan suara lelakinya...terus anjing-anjing tu semua berenti nk kejar....haha.

Sampailah kami di Bandar Sepang dan singgah di gerai makan...Kedai makan tu paling best aku penah jumpa sebab tandasnya sangat-sangat lah bersih..Macam ada 'Cleaner' katakan...dia punya mop sampai berkilat lantai...kena pulak time tu sakit perut...Masa sesuai la maknanya...!
Selepas makan dan menikmati goreng pisang kami teruskan perjalanan pulang ke Unikeb UKM Bangi. Cuaca pun masa tu agak panas dan kami kayuh mengikut rentak yang panas supaya cepat sampai... Lagi 5KM nak sampai, kaki aku ni pulak buat hal...kejang-kejang pulak kaki ni...dan terpaksa kayuh dengan bertenang dan tak boleh henjut sekuat hati..

Jam 1.30 Tengah Hari maka sampai lah kami di Unikeb UKM Bangi..Kayuhan kali ni mengambil jarak 80KM jugak la...fuh! Fist time aku kayuh sejauh ni....macam dari Kg. Raja Ke Kuala Terengganu lah...Cayalah!

No comments: