Tuesday, August 18, 2009

KL - SUNGAI CONGKAK



8 Ogos 2009 Kayuhan dari Kaki Bukit Langat - Batu 14 Hulu Langat - Sungai Congkak + Batu 14 Hulu Langat sejauh 37 KM bersama rakan 'Ofis'. Bermula Jam 7.05 pagi, sampai di Pekan Batu 14 tayar belakang basikal Esham pancit. Singgah di sebuah Restoran bersarapan dulu sementara basikal Esham dibawa masuk ke dalam kereta pengiring.

Selepas bersarapan, perjalanan diteruskan dan singgah sebentar di pekan langat untuk membeli makanan(makanan untuk tengah hari) sementara 'Repair' basikal Esham yang pancit dan perjalanan diteruskan sehingga ke Sungai Congkak. Sampai di Sungai Congkak, semua basikal dibawa masuk dalam kereta (basikal tak boleh bawa masuk).

Selesai mandi + makan + lepak-lepak, terus ke tempat kereta 'Parking' dan keluarkan basikal untuk perjalanan pulang balik ke rumah. Jam tepat 1.30 Petang kami berolak balik, sampai di Pekan Batu 14 basikal aku dibawa masuk ke dalam kereta kerana cuaca agak panas dan jalan sibuk. Esham masih meneruskan perjalanan sehingga kerumahnya dan aku blik ke rumah menaiki kereta bersama khairul.

No comments: