Tuesday, August 18, 2009

Serdang - Kg. Limau Manis - Pinggiran Putra - Dengkil - Bukit Unggul + Bangi


1 Ogos 2009, Kayuhan bersama group, belum pernah kayuh group lagi sebelum ni. Agak best dari kayuh seorang diri. Jam tepat pukul 7.20 bertolak dari rumah. Pak Berahim tunggu agak lama di depan Al-Azwath, asyik dia tunggu aku je, bila lagi agaknya aku nk tunggu dia plak,haih!

Samapai di Petronas Bangi, perut terasa lapar, Coklat dan Roti RM 0.60 jadi hidangan utk isi perut, risau takut pengsan nanti. Jam dah nak pkul 8, Dr. Fauzi sampai dan borak-borak sekejap, teruskan pejalanan ke arah Pinggiran Putra melalui simpang Kedai Nasi Dagang Bangi.

Sampai dekat Mydin, terperasan seorang pengayuh dari belakang. Basikalnya cun, terbakar lak aku.oh tidak..tak mampu lagi buat masa sekarang. Dikenali sebagai Wak, sungguh peramah orangnya.

Kayuhan demi kayuhan, sampailah ke area Kg. Limau Manis. Kawasan kampung dan agak sunyi.Serius best kayuh di situ..tak tahu pulak ada kawasan kampung kat area ini..selepas kawasan kampung bermulalah kawasan berbukit..curamnya bagaikan tiada penamatnya. Dr Fauzi agak ketinggalan, mungkin kerana dia leader pada mulanya. Terasa Pancit jugak la dan hampir berputus asa, tapi dipaksa jugak sehingga sampai ke puncak.HuH!

Turun laju di Bukit Limau Manis kemudiannya ke arah Pinggiran Putra dan ke Dengkil. Sampai di dengkil kami meneruskan perjalanan lagi dan sampailah di Bikit Unggul, berhenti di situ kemudia lepak minum kat warung depan padang golf Bukit Unggul. Perut terasa nk makan nasi lemak, haha..aku balun makan paling banyak kat situ rasanya. Cuaca tidaklah begitu baik. Hujun turun lebat sekali, kata Dr. Fauzi, kayuh bila hujan lagi best dan tak terasa penatnya.


Lepas makan disamping berbelanja hanya RM1, Dr. Fauzi belanja semuanya. Wow! Terima kasih banyak-banyak kepada Dr. Fauzi kemudiannya kami meneruskan perjalanan, masa tu hujan dah pun reda jalan masih lagi basah. Wah. Betul la Shok kayuh sejuk2 udaranya tenang dan bersih.


Kami melalui Bangi dan Dr. Fauzi terus menghala kerumahnya. Sampai di Kg Abu Bakar Baginda, Wak juga menghala kerumahnya kami berpecah lagi dan tinggal lah aku dan Pak Berahim. Kami kayuh sampailah kerumah masing-masing. Kayuhan sejauh 65+Km dan tiba dirumah jam 11.30 pagi.






No comments: